Wednesday, 3 June 2020

Kelebihan Surah Al-Waqiah

Surah al-waaqi'ah membuatmu menangis || Zain Abu Kautsar



Al-Waqiah Surah Kekayaan

Surah Al-Waqiah memang terkenal dengan beberapa khasiatnya dan kelebihan tersendiri dan hadis mengenainya adalah sahih.
1.  Dengan mewiridkan surah Al-Waqiah sebagai bacaan rutin setiap hari dan malam, maka Allah menjauhkan kefakiran selamanya. Sa’ad Al Mufti mengatakan, bahawa hadis ini sahih.
Rasulullah SAW bersabda:
Man qara’a suratal-Waqi’ati lam yaftaqir abada.
“Sesiapa (membiasakan) membaca surah Al-Waqiah, maka ia tidak akan kefakiran selamanya.”
 .
2.  Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”
3.  Daripada Ibnu Mas’ud r.a., Rasulullah SAW bersabda:  “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap malam, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya.” (HR: Al- Baihaqi)
4.  Rasulullah SAW bersabda:  “Ajarkanlah surah Al-Waqiah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)
5. Rasulullah SAW bersabda:  “Sesiapa yang membaca surah Al-Waqiah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”
 .
Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”
(Coretan dari shafiqolbu.wordpress.com)

Insya’Allah dengan mengamalkan Surah Al-Waqiah ini, kehidupan anda menjadi lebih baik dari sebelumnya. Mari kita renungi sedikit sebanyak kelebihan Surah Al-Waqiah dalam kehidupan seharian kita. Coretan ini sy codok dari bidadari.my. Semoga perkongsian ni membuka minda kita dan bercita-cita untuk beramal dengan surah Al-Waqiah ini.

1. Beroleh Pelbagai KesenanganKhasiat Surah Al-Waqiah ini akan jelas terlihat apabila anda mengamalkannya sebagai wirid dan rutin surah yang sering dibaca setiap hari. Dengan izin-Nya anda akan beroleh kesenangan dalam pelbagai bentuk buat selama-lamanya. Apabila anda kerap kali membaca Surah Al-Waqiah sebagai rutin siang dan malam, bukan sahaja hati akan terasa tenang malah anda tidak pernah akan merasa kesempitan wang ringgit. Rezeki dalam pelbagai bentuk akan sentiasa melimpah-ruah tanpa anda sedari.

2. Dijauhkan Dari KemiskinanApabila seorang muslim itu mula mengamalkan Surah Al-Waqiah sekurang-kurangnya satu kali setiap malam, secara tidak langsung dia akan dijauhkan dari kemiskinan selamanya. Rasulullah juga pernah bersabda yang bermaksud barangsiapa yang membaca Surah Al-Waqiah pada setiap malam, nescaya kebuluran tidak akan sekali-kali menimpanya.

3. Dikurniakan Kekayaan Yang Melimpah RuahDengan mengamalkan Surah Al-Waqiah dengan membacanya sebanyak 14 kali selepas selesai solat Asar, Insya’Allah akan dikurniakan oleh Allah kekayaan yang berlimpah-ruah dan datang dalam pelbagai bentuk.
Walaupun begitu, jika seseorang itu membaca dengan niat ikhlas cuma untuk mendapat beberapa keping wang dan bukan untuk tujuan riak dan semata-mata untuk memenuhi kekayaan hati iaitu kepuasan rohani dan ukhrawi, maka insya’Allah dengan sendirinya kekayaan duniawi akan menyusul dengan berlimpah ruah.

4. Ditunaikan Segala HajatnyaSesetengah orang berpendapat bahawa untuk lebih mujarab, seorang muslim itu harus mengamalkan Surah Al-Waqiah ini sebanyak 41 kali dalam satu majlis supaya segala hajatnya akan dimakbulkan khususnya yang berkaitan dengan rezeki. Sebahagian ulamak pula berfatwa bahawa sesiapa sahaja yang membaca Surah Al-Waqiah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali selama 40 hari, sesungguhnya Allah akan mempermudah rezekinya dan menunaikan hajatnya dengan tanpa kesusahan dan mengalir terus dari pelbagai sudut dengan berkahnya.

5. Menjadi Seorang Yang Lebih BersyukurPercaya tak, sekiranya anda sering mengamalkan membaca Surah Al-Waqiah dalam kehidupan seharian, secara tidak langsung akan memperoleh kekayaan yang luar biasa.
Untuk terus menjadi seseorang yang sentiasa bersyukur, anda harus mempraktikkan Surah Al-Waqiah untuk mengelakkan diri dari menjadi seorang yang takbur apabila telah dikurniakan kekayaan yang tidak terhingga.
Amalkan membacanya sebanyak 3 kali selepas Solat Subuh dan 3 kali selepas Solat Isyak, Insya’Allah anda akan menjadi orang kaya yang sentiasa bersyukur, tidak lokek berkongsi rezeki dengan yang memerlukan dan tidak akan terdetik rasa di hati bahawa selalu memberi dan bersedekah itu boleh mengurangkan harta kekayaan atau suatu pembaziran.

6. Menjauhkan Diri Dari Sifat Riak dan BongkakKelebihan membaca surah Al-Waqiah juga tidak terkecuali dapat menghindarkan diri dari menjadi bongkak dan riak. Anda akan dilimpahkan rezeki yang pelbagai dan secara tidak langsung, anda juga akan dapat menghindari dari sifat riak dan bongkak apabila memiliki sebarang kekayaan atau kesenangan dunia.
Apabila tiada sifat riak atau bongkak yang lahir di jiwa sanubari seseorang maka mudahlah untuk dia menolong dan membantu orang lain yang memerlukan bantuan. Mereka sedikit pun tanpa merasa terbeban dan seseorang itu akan lebih berusaha memperbanyakkan lagi amal jariah yang boleh dijadikan bekalan untuk hari akhirat kelak.

7. Menjadikan Raut Wajah Lebih Berseri-seriBerwuduk dan solat sering dikaitkan dengan naiknya seri wajah. Jangan tidak tahu, membaca dan mengamalkan Surah Al-Waqiah juga boleh menyumbang kepada naiknya seri dan aura wajah seseorang. Selain mengamalkan bacaan selepas solat, anda boleh mengambil segelas air dan bacalah Surah Al-Fatihah sekali dengan Surah Qursi dan juga Surah Al-Waqiah bermula dari ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup kepada air tersebut dan minum air tersebut. Dalam hati, berniatlah untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan keluarga anda, Insya’Allah raut wajah akan tampak jernih dan bersih lagi berseri-seri.

8. Menjadi Mukmin Yang Sejati, Lebih Sufi serta Lebih Mendekatkan Diri kepada AllahUntuk menjadi yang lebih baik dan mendekatkan diri kepada Allah Swt, Surah Al-Waqiah juga menjadikan asbab untuk anda berubah. Anda harus mempunyai tekad dan iktikad untuk lebih konsisten.
Petua Syeikh Abi’l Abbas, untuk Surah Al-Waqiah, terlebih dahulu anda perlu berpuasa selama 7 hari dimulai pada hari Jumaat dan berakhir pada hari Khamis. Membuka puasa hanya dengan makanan yang tidak bernyawa seperti sayur-sayuran atau buah-buahan.
Dalam 7 hari itu, setelah selesai solat fardhu, hendaklah membaca Surah Al-Waqiah sebanyak 25 kali manakala pada hari terakhir berpuasa iaitu pada malam Jumaat, bacalah Surah Al-Waqiah ini sebanyak 125 kali kemudian disusuli dengan selawat sebanyak 1000 kali.
Dengan melaksanakan amalan ini sebagai rutin harian, secara tidak langsung anda dapat mendekatkan diri kepada Allah dan seterusnya menjadikan anda mukmin yang lebih sejati dan bersifat sufi. Anda boleh jadikannya sebagai amalan sunat untuk mendekatkan diri kepada Allah Swt. 
(Coretan dari bidadari.my)

No comments:

Post a Comment

Jom Tukar Matawang Utk bekalan kita di Akhirat

 Seorang jutawan sedang berada di dalam kereta mewahnya menuju ke pejabat. Beliau memasang telinga mendengarkan ceramah yang sedang ke udara...