Tuesday, 2 June 2020

Amalan Muslimat Ketika Allah Bagi Cuti (ABC / Haid)

...السلام عليكم ورحمة الله وبرك

Alhamdulillah, syukur pd Allah diberikan kesempatan pd hari ni, utk sy coretkan nota kuliah bersama ustazah Muzzaymah Abdullah dlm kuliah online live di facebook group Demi Ummah Kerana Allah (DUKA).

Alhamdulillah, walaupun kadang2, tak dapat bersama ketika kuliah berlangsung, dapat juga mengikut kuliah ulang siar. InsyaAllah, sy berharap sangat, dengan coretan nota ini, dpt memberi manfaat kepada kita semua bergelar muslimat, wanita islam.

Bertuah sangat, kita sebagai wanita, Allah sentiasa memberi ruang dan peluang kepada kita untuk terus beramal walaupun ketika Allah bagi cuti (ABC) iaitu ketika Haid atau juga dipanggil dtg bulan.
Ketika ini, ramai yg rasa rutin harian nye terbatas kerana byk amalan yg biasa dilakukan tidak dapat dilaksanakan seperti biasa. Walaupun ada antara muslimat yg hanya berehat-rehat dgn membazir masa tanpa pengisian yg berfaedah.

Di kesempatan ini, sy sangat berbesar hati ingin menyampaikan ilmu yang sangat berguna kepada kita semua sebagai muslimat yang dirahmati Allah, ketika kita uzur, tak boleh solat, tak boleh mengaji al-quran, tak boleh menghafal al-quran, tapi kita masih boleh berzikir pd Allah tanda kita sentiasa ingat padaNya dan boleh jauhkan kita dari perbuatan lalai dan membuang masa tanpa buat apa-apa kan.

Ok, muslimat rakan-rakan sy yang dihormati.  Kita teruskan dgn point2 yg boleh kita amalkan ketika kita bercuti. Bkn cuti-cuti malaysia, tp ketika Allah bagi cuti buat kita sebagai wanita.

Ustazah Zay telah berkongsi dgn semua ahli kuliah, terdapat 6 perkara besar yg boleh kita amalkan ketika ABC ye..


1. Amalan Hati
2. Amalan Lisan
3. Amalan Badan
4. Ibadah Dengan Harta
5. Ibadat Dengan Akal
6. Ibadat Dengan Ibadat Orang Lain


Di atas adalah Skop amalan yang boleh kita amalkan. Sy huraikan satu2 dgn point juga. Kalau muslimat nk mendengar sendiri Kuliah Live Ustazah Zay, boleh join Group Demi Ummah Kerana Allah.  Hanya muslimat shj yg dibenarkan join group tu ye..

Jom kita semak huraian bagi point di atas.

1.  AMALAN HATI

1.1 Hadirkan Keikhlasan Hati - sentiasa rasa redha dgn pemberian Allah.. Jika kita rasa tak suka bila dtg nye haid ketika masa yg tak sesuai, kita harus terima dgn hati yg terbuka.  Cth: kita nk buat solat hajat bersama rakan2 pd tarikh yg ditetapkan, tp pada hari tu kita baru ABC, so mood dh ke laut, hati dah sedih.. Muslimat, walaupun Allah telah tetapkan pd kita, bersangka baik dgn Allah selalu, sentiasa senyum walaupun ketika tu badmood sgt. mungkin masa tu, hati ni mcm tisu, cepat tersentuh, cepat terasa. Ayuh semua sahabat, positifkan diri.. senyum selalu.. redha dengan ketentuan Allah. Dengan cara ini, kita cuba hadirkan rasa keikhlasan dlm hati kita.. InsyaAllah, kita akan rasa ceria dan tenang.

1.2 Sentiasa Merasa Diawasi Allah - bila kita rasai Allah sentiasa melihat, kita berusaha buat sesuatu yg baik. betul tak? Bila kita rasa sentiasa diperhati, kita akan jaga kelakuan kita supaya sentiasa sopan walaupun kita bersendirian.

1.3 Munasabah Diri - kita sendiri perlu munasabah diri iaitu menghitung2 kesalahan kita pada Allah, atau kekurangan amalan kita seharian atau juga checklist amalan kita. Mungkin masih banyak kita perlu baiki amalan kita samada yang wajib atau yang sunat. Waktu2 yang lapang, tetiba kita terfikir kealpaan kita dulu. Kita boleh berazam ketika ini untuk perbaiki kelemahan diri dan perbaiki hubungan kita dengan Allah, jiran2 dan adik-beradik saudara-dara kita. InsyaAllah, bila terasa terdetik rasa kerdilnya kita di sisi Allah, ini merupakan pertunjuk dan hidayah Allah supaya kita sentiasa mendekati diri kita pada Nya, bkn semakin jauh kepada Nya. Mudah-mudahan Allah sentiasa permudahkan urusan kebaikan kita itu.

1.4 Mujahadah - jalan-jalan melawan hawa nafsu. Ye, sahabat semua.. Bila digelar wanita ini, mmg byk sgt nafsu kita. Pelbagai hawa nafsu kita yg boleh cenderung ke arah kemurkaan Allah. Dalam amalan hati ini, kita cuba lawan hawa nafsu kita. Banyak perkara yang boleh dihuraikan mengenai melawan hawa nafsu ini. Yang penting sahabat, kita cuba jauhkan perkara yang dilarang Allah dan dekatkan diri dengan amalan-amalan baik.

1.5 Meniatkan Kebiasaan Sebagai Ibadat - Bila menyentuh perkara kebiasaan, maksudnya perkara rutin yang kita buat sehari-hari. Sebagai contoh bekerja, kita niatkan kerja kita sebagai ibadat. Maka segala urusan kita ada kemanisan di situ. Berniaga, memasak, siram pokok, membaca buku selagi tak bercanggah dengan peraturan Allah, maka kita boleh niatkan sebagai ibadat kita ketika kita ABC. Mudah-mudahan sahabat yang disayangi faham ye..

2. AMALAN LISAN

2.1 Membaca Zikir Mutlak - Tasbih - Lailahaillah , Tahmid - Alhamdulillah, Takbir - Allahuakbar

2.2 Membaca Istighfar - Astagfirullah - Sebaik-baiknya 1000x sehari

2.3 Berselawat 

2.4 Bercakap dan mengajak ke makruf dan cengah yang mungkar - boleh mulakan dalam keluarga sendiri. Sentiasa menasihati anak-anak kita, anak saudara kita. Selalu tanyakan solat ke belum bila sudah masuk waktu. Jika ada perkara yang tak elok dipandang mata, boleh tegur dan nasihat cara baik.


3. AMALAN BADAN

3.1 Senyum - senyumkan sedekah. Sentiasa ukir senyum dapat pahala percuma

3.2 Menbantu Orang Lain - tolong apa yang patut jika dah tak leh solat - mcm2 leh buat kan

3.3 Menghadiri Majlis Ilmu - boleh kita hadir majlis ilmu di masjid. Cuma perlu beredar segera jika majlis sudah habis. Pastikan kebersihan anda ketika duduk di luar masjid bkn tempat jemaah solat dan bersujud. Boleh tgk majlis ilmu secara online dah sekarang kan. byk ustaz ustazah sudah mulakan kelas atau ceramah online dan live sekarang.

3.4 Taat pada Suami - sentiasa ceria bersama suami. Walaupun di pejabat berpangkat besar, tapi bila di rumah, suami adalah big bos kita.. akur suruhannya selagi tak bercanggah dengan ajaran islam

3.5 Bercinta dengan suami - sweet2 lah sokmo ye.. jgn lah gaduh2 walaupun mood takde masa ABC tu.. 

3.6 Menjauhi perbuatan yang tidak memberi manfaat dan perkara sia-sia - maner yang suka tonton citer2 movie yang menjolok mata tu, kalau leh elak.. pilih lah channel tv yang boleh meberi pengajaran, ilmu yang manfaat. InsyaAllah kita yang memilih.

4. AMALAN @ IBADAT DENGAN HARTA

4.1 Zakat - boleh perlajari bab zakat ni utk lebih fhm -  cth zakat emas, zakat harta, zakat simpanan, zakat perniagaan, zakat fitrah dll..

4.2 Infaq - Harta yang Allah beri pada kita, Kita belanjakan pada jalan Allah. Cth: Masuk wang ke dalam tabung masjid.

4.3 Sedekah - Kita boleh sedekah apa sahaja yang kita mampu. Contoh nya sedekah kan makanan pada jiran-jiran, anak yatim, sedekah pakaian untuk mereka yang memerlukan. Sedekah kan tenaga, Sedekah kan kesihatan, ilmu dan macam2 lagi yang boleh memberi manfaat pada yang memerlukan. (SEDEKAH INI BUKAN HANYA PADA WANG RINGGIT YE)

4.4 Wakaf -  Sedekah kan sesuatu yang boleh kekal. Contoh; Wakafkan tanah untuk bina sekolah atau masjid. Wakaf kan tanah untuk bina rumah anak-anak2 yatim. Pemberian kita yang kekal selamanya itu dinamakan wakaf.

4.5 Fidyah - bayaran disebabkan hutang kita pada Allah. Contoh nya, bila tak boleh berpuasa di bulan Ramadhan disebabkan penyakit kronik yang boleh memudaratkan diri jika berpuasa. Perlu bayar fidyah. Puasa yang wajib diganti, tapi tidak diganti sehingga bertemu ramadhan. Wajib bayar fidyah berupa beras yang merupakan makanan asasi rakyat Malaysia. Jika diberi dlm bentuk wang, perlu maklumkan pada penerima bahawa duit itu adalah utk byr fidyah. Boleh google utk lebih perinci.

5. IBADAH DENGAN AKAL

5.1 Bertafakur  - Merenung Kebesaran dan Kekuasaan Allah 
5.2 Berfikir untuk maslahah agama islam
5.3 Merancang Program Makruf nahi mungkar


Semoga coretan nota di atas dapat membantu muslimat semua utk terus beramal walaupun ABC. InsyaALLAH, masih ada pahala di situ buat kita semua. Jangan bersedih, Lapangkan hati dan jiwa semoga kita sentiasa dalam jagaan dan lindungan Allah selalu. Amiin.

Nantikan Coretan Nota berikut nya.. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment

Jom Tukar Matawang Utk bekalan kita di Akhirat

 Seorang jutawan sedang berada di dalam kereta mewahnya menuju ke pejabat. Beliau memasang telinga mendengarkan ceramah yang sedang ke udara...