Sunday, 21 June 2020

Bila Umur Masuk 40 Tahun

Assalammualaikum wbt..

BILA UMUR MASUK 40 TAHUN

Astagfirullahal'azim.. Bila jari kak ema tekan icon FB di handphone, terus je nmpk post ni.. Sunnguh Allah dh bagi rzki pada kak ema, terlihat dan membaca post sebegini. Lagi setahu lebih je, umur kak ema nk cecah 40thn. Semoga dgn rzki yg diberikan ni, kak ema dpt melangkah ke arah yg lebih baik. Terasa sungguh susah nk istiqomah dgn amalan2 sunat. Masih lagi lalai, buat itu ini demi memenuhi kehendak duniawai. Bila Allah dh beri hint, supaya tersedar dari keasykkkan dunia, tersedar sekejap
 Ya Allah, terima kasih kepada sahabat2 yg share post yg baik ni.. sambil mengingati diri sendiri, dpt jgk ingatkan sahabat2 maya kita. InsyaAllah..

Post ni, sgt terkesan jauh dari lubuk hati kak ema..

BILA UMUR MASUK 40 TAHUN

Penuh dengan Ingatan dan Teguran

1. Lipat tilam dan bantal yang selesa...hidupkan malam dengan amal.
.
2. Ingat kembali usia yang telah dilalui , hitung masa yang banyak terbuang

🌼Jangan banyak rehat dan hiburan yang melekakan.
🌼Kurangkan pakaian mahal dan makanan sedap
🌼Jangan banyak bersenang kerana kematian semakin hampir.

3. Imam shafie...umur 40 tahun berjalan pakai tongkat supaya ingat diri sedang berjalan ke akhirat.
.
4. Jika masih tidak berubah ketika masuk 40 tahun...syaitan dah nobat sebagai rakannya untuk ke neraka.
.
5. Kurangkan fikir hal dunia...kumpul amalan untuk mati.
.
6. Pada usia ini...tukarkan niat kerja kerana ALLAH. Fokus urusan dunia untuk mendapat redha ALLAH.
.
7. Apa harta yang ada pada umur ini...cukuplah kerana itu saja rezeki yang ALLAH bagi. Tumpukan perhatian lebih kepada amal...kurangkan pesona kepada dunia...jika tidak terus tertinggal akhirat.
.
8. Jangan tamak dengan dunia. Ingat dunia bukan lagi milik kita.
.
9. Kata ulamak, aku dengar setiap pagi ada suara dari langit ke 4 yang berseru- "wahai anak yang berusia 40 tahun, kamu sudah hampir kepada kematian, wahai anak umur 50 tahun, hitunglah apa yg kamu belum lakukan untuk mati...wahai anak umur 60 tahun masa kamu sudah tiada.."
.
10. Doa semasa umur 40 tahun ke atas..wahai Tuhanku tolonglah lapangkan dalam diri aku rasa syukur atas nikmat yg telah kau beri..kepada kedua- dua ibu bapaku dan redai mereka.
.
11. Banyakkan taubat- 70 kali sehari
.
12. Tingkatkan keyakinan kepada agama -hanya Islam yang jadi pegangan sehingga mati.
.
13. Jaga hati, bersihkan hati, redha dengan ketentuan dan berbaik sangka dengan ALLAH.
.
14. Tingkatkan iman dan ibadah- tingkatkan amalan sunat...solat lebih khusyuk, Solat Awal waktu, sentiasa Solat berjemaah dan laksanakan semua ibadah lebih berkualiti.
.
15. Amalkan sifat-sifat Mahmudah, jauhi Dan hindari sifat-sifat Mazmumah. 🧡

Semoga bermanfaat.. In shaa Allah 🤲

#selfreminder #AmiAmira 💞


Semoga Menjadi Ingatan buat kita Semua..
Allah sentiasa sayang kita.. Ingat Allah selalu, buat kita tenang..

Semoga Hari Ini lebih baik dari semalam. Jom kita berilmu dan beramal untuk merebut pahala utk bekalan diakhirat nanti. 

amiin ya rabbal ala min..

Tuesday, 16 June 2020

Doa Hari Ini

Assalammualaikum wbt

Al-fathiah

Bismillahirahmanirahim...
Ya Allah, kurniakanlah kami lisan yang lembut basah mengingati dan menyebut namaMu, hati penuh segar mensyukuri nikmatMu, serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintahMu. Ya Allah, kurniakanlah kami iman yang sempurna, hati yang khusyuk, ilmu yang berguna, keyakinan yang benar-benar mantap.
Ya Allah, kurniakanlah kami (din) cara hidup yang jitu dan unggul, selamat dari segala mara bahaya dan petaka. Kami mohon Ya Allah, kecukupan yang tidak sampai kami terpaksa meminta jasa orang lain. 
Berikanlah kami Ya Allah, iman yang sebenarnya sehingga kami tidak lagi gentar atau mengharap orang lain selain dari Engkau sendiri. Kembangkanlah lembayung rahmatMu kepada kami, keluarga dan anak-anak kami serta sesiapa sahaja yang bersama-sama kami. 
Jangan Ya Allah, Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh kami sendiri. walaupun kadar sekelip mata atau kadar masa yang yang lebih pendek dari itu. Wahai Tuhan yang paling mudah dan cepat memperkenankan pinta, perkenankanlah.
Selawat dan restu Allah untuk junjungan kami Muhammad, nabi yang mulia, kepada keluarga baginda dan para sahabat baginda amnya.
Katakanlah Ya Allah pemilik kekuasaan (kerajaan) alam buana, Engkau memberi kekuasaan kepada sesiapa yang Engkau suka. Engkau merampas kekuasaan itu dari siapa sahaja yang Engkau mahu. Engkau berkuasa memuliakan dan menghinakan siapa yang Engkau mahu. Di tangan Mu, wahai Allah, segala kebaikan dan kekayaan. Sesungguhnya Engkau berkuasa untuk berbuat apa sahaja terhadap apa sahaja. Engkau menabirkan siang dengan malam. Dan malam pula Engkau berkuasa menabirkannya dengan siang. Engkau menerbitkan sesuatu yang hidup dari sesuatu yang kaku/mati, dari sesuatu yang hidup. Engkau memberi rezeki tanpa berhitung kepada siapa sahaja yang Engkau mahu.
Ya Allah, menjelanglah kini malam (ciptaan)Mu, beredarlah sudah siangMu, inilah keluhan suara dan pinta dari du'ahMu maka oleh itu ampunkanlah dosa ku.
Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini (orang yang telah dibayangkan tadi) telah berkumpul kerana mengasihiMu, bertemu untuk mematuhi perintahMu, bersatu memikul beban dakwahmu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulatkan dan menyokong syariatMu, maka eratkanlah Ya  Allah akan ikatannya. Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar). Penuhkan (piala) hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap. Lapangkan hati-hati ini dengan limpahan iman/kenyakinan dan keindahan tawakkal kepadaMu. Hidup suburkan hati-hati ini dengan ma'rifat (pengetahun sebenarnya) tentangMu. Jika Engkau mentakdirkan mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.
Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan kami Muhammad, keluarga dan para sahabat baginda semuanya. Amiin.

Jangan Pernah Rasa Keseorangan

السَّلاَم َُعلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه 

Assalammualaikum. Salam kasih sayang buat semua sahabat kak Ema yang sudi follow blog ni. Tajuk ni dah berhari-hari kak Ema simpan dalam ni. Tapi lum sempat nk mecoretkan sesuatu mengenai tajuk tersebut. Musim-musim PKPP ni dah agak tenang sikit.

Syukur alhamdulillah, hari ni diberi masa dan kelapangan oleh Allah, untuk kak Ema coretkan buat sahabat semua. Sungguh indah perancangan Allah sebenarnya.. Syukur juga sebab ramai sahabat kak Ema invite masuk group yang boleh memberi ilmu fardhu Ain pada Kak Ema. Antara group yang akak cukup suka dan suka follow ialah group di Facebook, Demi Ummah Kerana Allah (DUKA). Terima Kasih Kak Siti invited sy.. Kak Ema terjoin pun sebab, Group tu tertutp dan byk info dan pencerahkan mengenai wanita.. Terima Kasih Ustazah Muzayyanah Abdullah, sbb create group tersebut. Akak sangat alu-alukan semua wanita untuk join group tu.. Walaupun tak sempat nk follow kuliah LIVE bersama ustazah, kita boleh ulang siar, ikut kelapangan masa kita. InsyaAllah, banyak ilmu dan input yang boleh kita perlajari dari Kuliah Ustzah Zay.

Kak Ema pun kadang-kadang je dapat follow Kuliah Live tu, sbb kadang-kadang ada keje nak dibuat masa tu. Time-time lapang ptg2, sambil lipat kain, scroll lah fb. Terpandang jgk post group ni.. Masa tu baru teringat, ari ni belum dengar kuliah.. Alhamdulillah, dari tgk benda2 mengarut dan merugikan masa tu, baik kita dengar kuliah kan.. Biasa satu jam lebih je.. Tak terasa pun bila dengar, sebab best sgt. Celoteh ustzah Zay sangat bersahaja, dan santai. Sedap telinga mendengar. Jom follow ye.. search je group tu ye..

Sebenar nya, Kak Ema nak cerita semula yang Ustazah Zay sebut-sebut dalam kuliah beliau ari tu.. Memang terkesan sungguh lah bila dengar. Tajuknya macam biasa-biasa je bila sebut semula JANGAN PERNAH RASA KESEORANGAN. Tapi sungguh dalam maksud nye.. banyak tafsiran yang boleh kita jangka dari ayat tu. Tapi ape yang dikongsikan oleh ustazah ni sangat memberi kesan pada diri Kak Ema. Nak tahu ape yang ustazah cakap..??? Akak coret sikit ye.. sebab nak karang panjang2 sangat, tak berapa pandai. 

Ustazah Zay kongsi bukan keseorang tu, rasa kosong sebab takde suami, sebab takde anak, sebab tak kekasih hati, sebab tak de ibu atau ayah. Tapi disebabkan Merajuk???  Pelikkan bunyi nye.. 

Kisah nye disebabkan merajuk. Merajuk hati dengan adik beradik sendiri. Haa..itulah sebabnya..

Sape sini pernah merajuk, sampai bawa diri dan tak bertegur dah ngan saudara sedarah sedaging. Punca sebab salah faham, rasa tak puas hati atau rasa macam diri tu di anak tiri oleh keluarga? Mesti ada kan tercetus perasaan tu dalam hati.

Banyak kita dengar, orang bawa diri berpuluh-puluh tahun, beraya tanpa balik kampung, raya sorang.. tak sudi nak jumpa adik beadik, merajuk sungguh lah.. ada kan macam tu.. bila dah merajuk tu, sanggup dok sorang-sorang. Tak berhubung langsung dengan adik beradik semua.. Bawak diri sungguh.. Sebab tu Jangan Pernah rasa keseorangan. Kita kan ada adik-beradik. yang sama-sama lahir dari rahim yang sama. Berkongsi makanan yang sama. Berkongsi tempat tidur yang sama. Sama-sama hidup susah, hidup senang bersama. Sama-sama mengharungi zaman kanak-kanak bersama. Betul tak??

Sebab tu lah jangan pernah rasa keseorangan.. Kita perlukan keluarga, adik beradik untuk kita sentiasa rasa bahagia.. Bayangkanlah, sejak berpisah yang berpuluh2 tahun tu, tertiba kita dapat berita tentang kematian mereka. Mesti sedihkan? Ye lah, nak mohon maaf, peluk, cium dah tak dapat lagi.. Dapat jumpa pun adik-beradik dah tak de.. Kalau kata nak menyesal tu, memang sesalan yang tak de penghujung. Memang kita dah tak akan berjumpa lagi di dunia ni. 

Di sini, kak Ema nak sangat berpesan, jangan lah merajuk sampai bawak diri dan tak nak memaaf-maafi antara satu sama lain. Buang je jauh-jauh perasaan tu.. Bina hubungan baik dengan ahli keluarga. Jika ada salah faham, rasa tak puas hati, bawak bincang. Cakap elok-elok. Jangan sebab kita berkelahi, anak-anak kita pun tak kenal sedara mara sendiri. Terputus terus silaturahim. Tak bau syukur sape yang memutuskan silaturahim ni.. Kita jangan lah macam tu.. Usaha lah perbaiki hubungan tu. Kalau rasa kita salah, cepat-cepat mohon maaf. Kalau org lain yang salah, kita maafkan je lah.. Kalau rasa berat sangat nak maafkan, maafkan jugak.. terima keadaan tu dengan redha hati demi mencari rehda Allah. InsyaAllah, hidup kita sentiasa dalam lindungan Allah. InsyaAlllah.

Lagi satu, ustazah zay cakap. Jangan lah kita biarkan saudara sedaging kita leka dalam dosa. Tegurlah mereka secara baik. Ajak mereka ke arah kebaikan. Kita bimbing saudara-saudara seayah seibu kita, ke arah kebaikkan. Jangan fikir nak masuk syurga sorang-sorang je.. Jangan jadi asbab kita tak bantu mereka ke arah kebaikkan, kita turut diheret ke neraka. Nauzubilah.. Banyak lagi perbincangan ustzah zay. Tapi nie je yang masih terpahat diingatan Kak Ema.

Kak Ema pun ada terfikir, kita bukan ustazah, bukan sape2 nak ajar mereka agama.. tapi jangan kita buat-buat buta, buat-buat tak nampak, kalau kita tahu perkara yang mereka lakukan tu adalah dosa. Kita perlu ingatkan. Biarlah dorang ckp kita ni lebih-lebih, macam ustaz atau ustazah. Keburukan yang dilakukan perlu ditengah. Kalau tak kita dianggap bersubahat. Nauzubillah... 

Kak Ema banyak jugak khilaf dan buat dosa zaman-zaman remaja dulu.. Memang memori tersebut tak leh hilang dari dalam ingatan nie.. Akak Ema ingat kata-kata ustaz penceramah-penceramah bebas bagitahu.. Allah dah tak pandang dosa kita dulu, tapi Allah pandang TAUBAT kita. Mudah-mudahan, dengan bekalan ilmu yang ada, kita dah tahu baik dan buruk, marilah kita sama-sama bermunasabah diri, bertaubat pada Allah. Bertaubat Nasuha, taubat sungguh-sungguh. Moga Allah bukakan rezeki yang tertutup disebabkan dosa-dosa kita dahulu. Mudah-mudahkan rezweki kita dibuka seluas-luasnya oleh Allah.

Ya Allah, syukur pada Allah, moga-moga coretan nie boleh bagi jentikkan kelembutan dalam diri mereka yang sedang berdukacita disebabkan dendam kesumbat antara adik-beradik. Rapatkan lah kembali hubungan mereka yang sekian lama terputus. Kembalikan kemanisan hubungan adik-beradik antara mereka semula. Amiin.

Di kesempatan ni, Akak Ema share kan, link Kuliah Ustazah Zay dalam Group DUKA, semoga kita sama-sama dapat manfaat dari setiap yang disampaikan oleh Ustazah. Hanya Muslimat sahaja ye dibenarkan join group tertutup ni..


Klik Sini Join Group DUKA

Nak Dengar KULIAH Ulang Siar Klik Sini KULIAH ULANG SIAR - Join Dulu ye..

SiriKe89KuliahBersamaUstzhZai♡ 
(ulasan ustazah minit ke 10 dan ke atas.)

Jangan lupa follow blog kak Ema lagi.. Stay Tune

Kak Ema belanja sikit satu lagu - dalami maksudnya ye..

Jangan Kita Lupa - In-Team


#bahagiabersamakesyurga
#jomtaubatnasuha
#pencintaIlmuAllah


Sunday, 14 June 2020

The Power Of Al-Fatihah

The Power Of Al-Fatihah

السَّلاَم َُعلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه 

Assalammualaikum. Kak Ema, baru ari ni sempat nk update blog ni.. Kalau berada di kampung, masa memang sangat terhad.. ada je perkara nak dibuat.

Alhamdulillah, terjmpe coretan ni dlm blog kwn sekolah. Syukur sgt, bila akak berkawan dgn kawan-kwan yang byk ilmu tentang agama. Leh lah akak Ema, belajar ilmu fardhu Ain sikit-sikit secara tak formal. Akak Ema mmg suka membaca.. kalau ada yang tulis panjang2 berjela tu, kadang2 akak baca sampai habis. Bila coretan yg dibaca tu, terkesan di hati ni, akak akan cedok ilmu nye dan cuba sampaikan pd kawan-kawan yang lain. Mudah-mudahan dgn ada nye medium ni, akak leh sebarkan pd seluruh dunia. Alhamdulillah, terima kasih Allah, gerakkan hati ni.. Engkau hadirkan nye dalam diri ini. syukur sgt. Perasan terajin menaip dan mengulas sikit2 tu semua lahir atas kehendak Allah kan.. so, akak xnk sia-siakan nye..

Oklah, ni coretan kawan akak di fb tu. akak copy dan letak dlm ni. Semoga kawan kakak tu dpt pahala dan kita smua boleh amalkan..

Jom baca. . dan amalkan ye..



Al-fatihah di sampaikan oleh Hazamin Inteam


"Ustazah Asma’ Harun pernah ajar cara menghadiahkan Al Fatihah yang boleh datangkan pahala yang banyak sangat sangat. 


Ustazah kata, guru beliau cakap, rugi orang Islam yang tak buat benda ni. Sebab, cara dia senang jek.


Bila baca fatihah tu, macam macam biasa la. Kita akan hadiahkan Al Fatihah tu kepada Nabi Muhammad saw, sedekahkan jugak kat keluarga baginda, para sahabat, orang orang soleh, para syuhada, ibu bapa kita, guru guru kita, pemimpin kita dan muslimin dan muslimat. 



Bila sampai kat muslimin dan muslimat tu, kita tambah. Untuk muslimin dan muslimat yang masih hidup atau yang telah mati. 




Bila kita tambah gini, maknanya kita dah sedekahkan Fatihah ni start dari umat Nabi Adam, sampai kan sekarang. 




Lepas tu, baru kita sambung, Kita sedekah kan jugak Fatihah ni untuk diri kita sendiri. 




Fatihah ni adalah doa.




Bayangkan, bila kita buat ni setiap hari. Dah brapa trillion manusia yang kita dah doakan kan?




Dan bayangkan gak. Setiap doa yang kita buat untuk orang Islam lain, doa tu akan berbalik kembali pada kita. 




Betapa powernya kan? 




Sekali sehari pun dah cukup tau. Simple, tapi rugi kalau kita abaikan. 




#PowerOfFatihah


Credit to Habibah Badar Bajrai.

Jom kita sedeqah kan al FATIHAH untuk kesayangann kita. 💖.

Al-fatihah buat mak Kak Ema. Sudah 10 thn arwah meninggalkan kami semua..

Nonhairi Binti Abdul Manan
(22 Jun 1960 -  04 November 2010)


Al-fatihah buat arwah abah dan arwah mak -mertua kak ema

Allias Bin Sharpini
(28 Jan 1950 - 20 Mac 2016)

Sukainah Binti Chakaran
(31 Ogos 1954 - 4 September 2013)



Arwah aki dan wan

Abdul Rahman Bin Dollah
Asiah Binti Sulaiman


Al-fatihah buat mereka semua..


Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang beriman dan diampunkan dosa2 mereka..

Kenangan bersama mereka sentiasa terpahat di hati. Dan tak akan pernah padam di dalam ingatan..



Monday, 8 June 2020

Takdir Allah Selalu Indah

Assalammualaikum w.b.t
السَّلاَم َُعلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه 





Semoga semua pembaca blog kak ema, diberikan kesihatan yang baik ari ni.  Semoga Allah sentiasa beri rahmatNya pada kita dan kita sentiasa dalam lindunganNya selalu.. amiin

Tajuk di TV Alhijrah ari ni secara langsung sangat memberi inspirasi dan kesedaran pada Kak Ema.  Takdir Allah Selalu Indah. Banyak yang dikongsikan oleh Ustaz Fathi Naim td.. contoh-contohnya pun senang nak difahami.

Fhm Kontek Redha Allah - Allah sentiasa nk bagi kebaikkan pada hambaNya. Allah sentiasa sayang kita. Kita sentiasa bersangka baik dengan Allah..

Rukun Iman - ada 6. Salah 1 nye, percaya dan yakin pada Qada' dan Qodar Allah.

Kak Ema , tak pandai sgt bab-bab agama ni, tapi akak Ema terpanggil untuk mencoretkan sesuatu di sini, untuk kita sama-sama berfikir dan muhasabah diri dengan segala yang berlaku dalam kehidupan kita samada, kita sendiri hadapi, atau ahli keluarga kita atau pun saudara-saudara kita.. Banyak hikmah yang boleh kita pelajari dan menghadirkan rasa keinsafan pada diri..

contoh yang kak Ema sempat tadi dengar perkongsian dari ustaz, mengenai pilihan yang kita buat utk diri kita, bukan oleh Allah..

Meninggal Asbab - jatuh dari pokok kelapa. panjat pokok kelapa sebab terkejut nmpk ular sawa, dan terjatuh menyebabkan meninggal.

Meninggal jatuh pokok kelapa - panjat pokok kelapa, dan terjun ke bawah sebab nk dah kecewa dengan hidup.  terjun nak bunuh diri.

dari contoh itu, meninggal sebab jatuh pokok, sama.. tapi kejadian yang menyebabkan nye mati, berbeza.  satu disebabkan takdir allah, dan satu lagi sbb pilihan kita.. sesungguhnya Allah jua mengetahui hal itu.. Pilihan kekadang ada bersama kita, hujung pangkal nye berbalik pada Allah.. Kita harus berusaha, dan juga bertawakal pada Allah. Mohon pada Allah, supaya diberi pertunjuk agar pilihan yang kita buat tu tidak sia-sia belaka.

Sahabat kak Ema semua, boleh follow dan tonton video di sini utk mendengar perkongsian dari ustaz Fathi Naim untuk lebih faham tajuk ini.
Kak Ema, nak tulis panjang-panjang sangat pun tak tersusun pulak kata-katanya.

Jom toton sekejap. Semoga kita boleh ceduk ilmu yang terselit dalam majlis ilmu itu.

Klik je link di bawah, kalau tak leh buka, copy shj dan search kat fb. InsyaAllah, jmpe.




Coretan dari sahabat Top Fan juga ada mencatit sebahagian kupasan intipati Tajuk ini.

Antaranya, Kita tidak boleh sama skali menyalahkan Takdir Allah. Rezeki kita juga boleh berubah dengan cara berdoa. Jangan sentiasa dengki, khianat di atas rezeki orang lain.

Sama-sama kita yakin Allah itu sentiasa bersama dengan orang-orang yang sentiasa mengingati Nya. dan Yakin setiap yang berlaku ada hikmah nya. Jangan berhenti berdoa dan amalkan amalan2 yang bersar manfaatnye untuk bekalan kita di akhirat nanti.

Selamat Membaca.. dan terus membaca.

InsyaAllah, sekian. Allahua'lam.

Bayar Hurang Itu Wajib

Assalammualaikum.
السَّلاَم َُعلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه 

Terkesan sangat dengan coretan dari FB sahabat Pencinta Al-Quran. Mungkin, Allah ingin buka pintu hati kak Ema, kerana terjumpa post ni.. Allahuakhbar.. Memang sangat-sangat terkesan.

Kak Ema bukan nak cilok ayat dlm fb ni, tapi sekadar copy dan coretkan di sini hanyalah untuk memanjangkan lagi ingatan buat semua di luar sana.. Ya Allah, mesti ada sebab Allah bagi Kak Ema terbaca pos ini.. Sangat-sangat terkesan hingga ke lubuk hati. Betul sangat apa yang disampaikan. Kalau nak tahu, cuba baca terus coretan di bawah ini. Kita sama2 ambil pengajaran dan malu dengan diri sendiri. Kak Ema harap, mulai ari ni, cuba sedaya upaya ubah ke arah yang lebih baik. Mungkin selama ini, kita ambik mudah dan ringan hal ini, tapi sebenarnya kita tak patut buat macam tu kan. InsyaAllah. Ingatan buat kak Ema jugak. 😍

Coretan dari Sahabat Pencinta Al-Quran. Jom baca..

"Macam mana nak berkat ?



Seorang ibu muda bertanya: saya tak dapat nak bayar hutang orang lah !




Rumah saya pun dah few months tak bayar keluh seorang suami ..




Gaji Saya tak cukup duit utk sara ayah ibu saya lah, keluh seorang graduan 'u'




Saya nak tukar profesion menjadi pemandu bas lah , sbb gaji saya sebagai driver bos tak naik2




Saya malu lah dengan pengurusan atasan, saya telah beberapa kali terpakai wang syarikat ! 

Tapi saya memang memerlukan wang !



Saya terpaksa jual tanah warisan lah, walaupun hanya tu sahaja harta yg saya ada ! Saya perlu membeli kenderaan dengan wang itu !




Ulasan saya, beginilah keadaan segelintir saudara mara kita, yg boleh kata rata2 merupakan umat Islam...




Dan saya yakin sebahagian mreka ni dah pun tebal muka meminjam kemudian buat tak reti ajer, bahawa dia meminjam...




Ya Allah ! 




Tak malunya !!!




Pelik...




Tapi dalam bab dunia, tak mahu kalah dari orang...




Bila kahwin, anjurannya macam anak putri raja..




Bila raya, pakaian anak2nya macam pelakon..




Bila beli tudung , baju , jubah ...

Mesti yg paling mahal..



Kan apa....




nak tutup aurat ni...

Dalam hati ( mana boleh kurang dari orang ! )



Sebenarnya orang ini rasa Malu jika lihat orang lain lebih dari nya...




Tapi dalam masa yg sama tak pulak rasa tercabar melihat orang lain beribadat & beramal soleh lebih drpnya, cth menuntut ilmu, bersedeqah, solat jemaah ke masjid dll ..




La Haw la wa la quwwata ill BilLah ..




Ini tandanya iman sudah layu ...




Tahu tak mereka bahawa bayar hutang tu wajib, membazir tu haram ?




Tak kan tak tahu..




Tapi nilah gejala qana'ah sudah luput..




Perasaan redha yg berteras pd iman bahawa pemberian Allah swt itu disyukuri dan digunakan dengan cara yg Dia redhai..




Antara ubat menguatkan iman, bina qana'ah dan jauhi pembaziran ialah :




1. Lihatlah pada orang yg kurang daripada kita secara kebendaan, jangan asyik melihat orang yg lebih kebendaan. 




2. Pertingkatkan ilmu Islam kita agar belajar bab aqidah, akhlak dsb.




3. Pertingkatkan ilmu dunia atau kemahiran hidup supaya boleh buat kerja part time utk menampung hidup khasnya di tempat yg tinggi kos of living




4. Buat perancangan kewangan yg tepat, jangan agak2 & berharap pd benda yg kurang pasti.




5. Hindari diri dari perbualan kedai kopi & di kaki2 masjid oleh puak2 yg tak berautoriti . Berapa ramai kalangan kita yg tertipu dgn berbagai janji manis golongan yg ambil kesempatan dgn janji2 manis, pulangan kewangan yg menggiurkan, hakikatnya skim cepat kaya.




6. Gunakan ilmu & kemahiran pd tempat yg betul, jika ada golongan yg tak jujur, tinggalkan mereka, jangan buang masa berurusan dgn mereka lagi.




7. Bergaul dengan golongan yg telah berjaya yg ingin berkongsi petua dgn kita.




8. Banyakkan amalan murah rezki cthnya berdoa dgn doa kekayaan dan selamat dari bebanan hutang seperti cthnya : 




Maksud doa di bawah : Ya Allah cukupkan aku dengan yang halal dari mengusahakan yg haram, kayakanlah aku dengan anugerahMu bukannya dgn meminta kpd selainMu...



Moga kita sama-sama jalankan kewajibkan kita yang wajib tu.. InsyaAllah.. mudah-mudahan, urusan kita sentiasa dipermudahkan. amin.

Sunday, 7 June 2020

Jangan Merasa Diri Baik

Assalammualaikum.
السَّلاَم َُعلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه 

Coretan istimewa buat peringatan diri sendiri dan sahabat semua. Setiap hari Kita diharuskan utk muhasabah diri. Bila kita musahabah diri, kita akan sentiasa berfikir, byknya khilaf kita selama ini dan kekurangan diri kita tanpa kita sedari.
Kita hanyalah manusia yang yg sering lupa. Syaitan selalu berusaha mendampingi semua umat Islam, semata-mata untuk memesongkan akidah kita. Samada menggoda kita untuk berasa riak, takbur, iri hati, sombong, bongkak atau pun bangga diri dengan kelebihan yang kita ada. Mungkin ada antara kita merasa dirinya sudah terbaik, ada ilmu yang banyak, sentuasa disanjunh, rasa diri sudah dipandang mulia. Tapi, kita sebenarnya, masih kerdil di sisi Allah s.w.t.
Tanda sayang kita pada semua, bila kita sentiasa mengambil berat dan cakna sesama kita. Ingat-mengingatilah sesama kita supaya kita sama2 memperbaiki diri demi mencari redha Allah. Jangan selalu mendabik dada dan angkuh dgn ape yang kita ada dunia ini.

Coretan Hari ni. Moga kita rasa terkesan dgn ayat-ayat ini. Bukan nak merendah-rendahkan martabat seseorang. Tapi sekadar memberi sedikit teguran dan peringatan supaya kita sentiasa istiqomah dalam amalan kita utk mencari redha Allah dan persiapan kita di sana nanti. insyaAllah..

Nukilan yang dikongsikan oleh seorang sahabat sy di FB - sungguh memberi kesan. Terdetik, diri masih byk kekurangan. 

Tapi masih ingin ingatkan diri jgn sekali-kali anggap diri ini sudah baik.

Jangan merasa diri kita " Baik " Walaupun kita solat cukup 5 waktu serta tepat pada waktunya.

Jangan merasa diri kita " Baik " Walaupun kita bersedekah setiap hari malah lebih banyak nilai disedekahkan.

Jangan merasa diri kita " Baik " Walaupun hari hari kita nasihat dan tegur orang lain yang buat silap.

Jangan merasa diri kita " Baik " Walaupun kita sudah pakai jubah, berserban, bertutup litup menutup aurat dengan sempurna.

Jangan merasa diri kita " Baik " Walaupun setiap malam kita jaga solat Tahajjud, Witir, Hajat dan amalan sunat yang lain.

Jangan merasa diri kita " Baik " Walaupun hari hari kita ke masjid atau surau untuk beribadah dan menambah ilmu.

Jangan merasa diri kita " Baik " Walaupun setiap saat kita kemaskini status berunsur nasihat  dan dakwah.

Jangan merasa diri kita " Baik " Walaupun setiap masa kita menolong orang lain.

Allah berfirman di dalam Al Quran Surah an-Najm ayat 32:-

فلا تُزٓكُّوْا آنْفُسٓكُمْ هُوٓ آعْلٓمُ بِمٓنْ اتّٓقٓى

".........Janganlah kamu menganggap diri kamu suci(orang baik) kerana Allah yang lebih mengetahui siapa yang benar benar bertaqwa

Sayyidatina Aisyah (ra) ditanya seseorang " Siapakah orang yang buruk?" dijawab olehnya " iaitu Orang yang merasa dirinya baik".
Beliau ditanya lagi "Siapakah orang yang baik?", maka dijawab "Iaitu Orang yang merasa dirinya buruk".

JANGAN MERASA DIRI KITA LEBIH BAIK daripada orang LAIN.

Kerana kita takkan pernah tahu dimanakah dan bilakah saat HATI kita IKHLAS melakukan amalan amalan soleh, menasihati orang serta beramal ibadah lain yang bakal diterima oleh Allah SWT.

Kita tak tahu amal manakah yang Allah terima.

Selalu letak diri kita dalam keadaan;

"Aku banyak kekurangan dan kelemahan, semua orang lain lebih baik dari aku kerana hati manusia masing masing hanya diketahui Allah"

"Akulah yang paling buruk dikalangan manusia. Aku sedang perbaiki diriku dan cuba membantu Orang lain " Untuk menjadi lebih baik.
kerana Allah hanya memandang tepat pada hati hambaNya. Tidak merasa diri sebagai Orang baik hendaklah ada sehingga dia menghembuskan nafas yang terakhir.

Wujud keikhlasan atau sekadar penuh Riak dan Hasad.

Jadi laksanakanlah sesuatu kebaikan hanya kerana mengharapkan REDHA Allah. Kerana Orang yang terus beramal sambil memperbaiki dan memeriksa niatnya akan ditarbiah oleh Allah SWT akan hatinya.

Dengan cara ini, seseorang akan melatih dirinya untuk bersifat tawaduk dan menjauhkan dirinya dari penyakit ujub(merasa kagum dengan diri sendiri) dan takabbur.

Disamping itu kita sentiasa berusaha mperbaiki diri sendiri serta Orang lain dengan kelembutan dan kasih sayang.

Hanya Allah SWT yang akan terus beri kita PETUNJUK serta JALAN KEBENARAN.

#perbaikidiriselalu
#bahagiacarakita

Copy n paste.. Benda baik apa salahnyaa😁💖

Doa Utk Sembuhkan Penyakit - Ikhtiar pd Allah


السَّلاَم َُعلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه

Perkongsian Dari Ustz Don

Perkongsian ini untuk bantu semua di luar sana yang menghadapi penyakit dan berikhtiar untuk mencari penawar bagi menyembuhkan penyakit tersebut. Kita berusaha dan berikhtiar mencari jalan untuk menjadi sihat seperti sediakal. Segalanya urusan Alla. Tapi kita mesti berusaha dan bertawakal pada Allah. Perubatan moden seperti makan ubat, jumpa doktor dan mendengar nasihat doktor juga perlu. Disamping iu kita juga perlu amalkan doa-doa dari ayat Allah, tanda kita ingat padaNya, dan yakin dengan ayat-ayat Allah. Isyiqomah dan terus berusaha untuk bantu diri untuk terus kuat menghadapi dugaan dan cubaan yang Allah hadirkan pada kita untuk uji kita. Sesungguhnya Allah sentiasa menyanyangi hambaNya.

Sentiasa berdoa agar kita diberi kelapangan dada dan redha dengan ketentuan ilahi.

Doa Ini Boleh di baca setiap malam bila bermunajat pd Allah.
Semoga mendengar doa-doa kita.
InsyaAllah.


Ya Allah…Ya Rahman…Ya Rahim…
Dalam dakapan pagi yang mulia ini, Dengan rasa rendah diri, Kami yg kerdil dan hina ini memohon doa dgn penuh pengharapan kpdMu ya Allah… semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, krn sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar.

Ya Fattahu Ya 'alim…
Ajarkanlah kami yg lemah ini utk melihat jln keluar dr semua masalah yg membelenggu kami, bukakanlah hijab kpd kami yg tak mampu melihat setiap kebaikan pd kejadian dan takdirmu. Ya Allah..takdirkanlah yg baik2 utk diri kami, Jgnlah kau menguji kami pd apa yg tidak mampu kami lalui.. Bukakanlah pintu2 rahmatMu utk kami ya Allah…

Ya Allah Rabbul Jalil….
Sejahterakanlah utk kami dgn kesihatan yg baik..supaya dgnnya kami dpt beribadah kpdMu. Ya Allah..ampunkanlah segala dosa kami, krn kami terlalu byk dosa kpdMu Ya Allah. Kami lupa akan Engkau ketika sihat, kami ingat pdMu bila ditimpa sakit, Kami lupa kpdMu ketika senang, kami ingat kpdMu bila dtg kesusahan. Kami lupa kpdMu disaat kami gembira, Kami ingat kpdMu ketika sedih dan kecewa, Kami habiskan usia muda dgn keseronokan dunia, kami mula mengingatiMu ketika usia sudah tua, ..justeru ya Allah...ampunilah semua dosa kami.. berilah kekuatan kpd kami utk melawan hawa nafsu dan dunia yg sentiasa melalaikan kami drp mengingatimu ya Allah…

Ya Allah…Ya Rahman..Ya Rahim…
Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami,. setiap titik susu ibu yg mgalir dlm diri kami...kau gantilah dgn kebajikan utknya yg boleh mbawanya ke syurgaMu ya Allah...ya Rahman...pd setiap keringat yg mngalir pd tubuh ayah kami dlm mcari rezki kpd kluarga kami...kau gantikanlah dgn keampunan yg mbawa ke syurgaMu ya Allah. Sesungguhnya pengorbanan mereka tdk akan mampu kami membalasnya. Bahkan terkadang mereka hidup dlm kesusahan dan kesempitan, sdgkan kami berada dlm kesenangan dan kemewahan...Justeru kurniakanlah kpd kedua ibubapa kami tempat yg istimewa di syurgaMu ya Allah…..

Ya Allah….
Kami juga memohon ampun utk kaum kerabat kami, sahabat2 kami dan guru2 kami yg terlebih dahulu pergi meninggalkan kami ke alam barzakh…golongkanlah mereka dlm golongan org2 yg Engkau redhai…apabila tiba pula giliran kami menuju barzakhMU..maka Kau ambillah kami dlm keadaan yg baik2…dlm keampunan dan rahmatMu Ya Allah…
  
Ya Allah Ya azizz…
Kurniakanlah kpd kami jiwa yg tenang dan tenteram…hiasilah hati kami dgn sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab…Kau jauhkanlah drp kami sifat ujub, riak,takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianah.

Ya Rashid…Ya rahman…Ya Rahim..
Jika ada dikalangan kami mereka yg diuji dgn kesusahan, maka kau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yg bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jln keluar kpd mereka, jika ada di kalangan kami sdg berhajat dgn keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka, dan cukupkanlah keperluan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yg diuji dengan sakit, maka kau sembuhkanlah mereka Ya Allah…agar dapat beribadah bersama kami. Jika ada dikalangan kami mereka yg derhaka kpd ibubapa atau terkurang dlm melayani mereka, maka kau ampunilah mereka, jadikanlah kami anak2 yg taat dan berbakti..sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar dan Mengasihi…

Ya Allah Ya Malikal Mulk…
Ya Razak..Ya Fattahu Ya 'Alim…
Kurniakan kpd kami rezeki yg halal lg diberkati dan jadikanlah dgn rezeki itu kami semakin dekat dgnMu..sebaliknya, jgnlah kau jadikan kami drp golongan yg lupa diri setelah mendapat kurniaannMu.


Ya Allah….

Bantukanlah kami dlm menjalankan urusan agama kami, Elokkanlah urusan dunia kami, yg padanya tempat kami mencari kehidupan, Elokkanlah urusan akhirat kami, yg padanya tempat kami akan kembali utk selama2nya.. jadikanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kpd kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kpd kami dari segala kejahatan, Sesungguhnya kami ingin kembali kpdMu dgn jiwa yg tenang….

Ya Allah Ya Zal Jalali Wal Ikram…


Ya Allah..terimalah amalan kami..terimalah taubat kami..ampunkanlah segala dosa kami...amankanlah kehidupan kami disana nanti yg kekal abadi… kurniakanlah kpd kami syurgamu yg maha luas nikmatnya…
Aamiin3 ya rabbal'aa

Amalkan Zikir yang Ustaz Don Kongsikan Diatas td.




Semak Bacaan. Klik untuk dengar


Surah Ar Rahman,Surah Yasin,Surah Al Waqi'ah,Surah Al Mulk & Surah Al Kahfi

السَّلاَم َُعلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه 

Surah Ar Rahman,Surah Yasin,Surah Al Waqi'ah,Surah Al Mulk & Surah Al Kahfi

Alhamdullilah, Syukur pada Mu Ya Allah. Kita semua masih diberikan kesempatan untuk mendengarkan lantunan-lantunan ayat-ayat suci Al Qur'anmu ya Allah SWT. Semoga keluarga kita semua diberikan keberkatan, perlindungan, kesihatan, keselamatan dunia akhirat.amin ya Allah SWT.

Sedikit perkongsian buat semua.

1. SURAH AR RAHMAN


Surah Ar Rahman adalah surah ke-55 dari 114 surah dalam Al Quran. Surah ini tergolong surat makkiyah dan mengandungi 78 ayat. Dinamakan Ar Rahmaan yang bermaksud Yang Maha Pemurah berasal dari kata Ar Rahman yang terdapat pada ayat pertama surah ini. Surah ini mengingatkan kepada manusia untuk selalu bersyukur atas nikmat yang Allah berikan.
Dan dalam surat Ar Rahman, Allah mengingatkan hal itu berulang-ulang dalam beberapa ayat dengan teks yang berulang-ulang. Diantara keajaiban yang luar biasa dalam Al Quran, khususnya dalam Surat Ar Rahman adalah ayat yang berbunyi fa biayyi aalaa-I robbikumaa tikadz-dzibaan”. Artinya “Maka nikmat Tuhanmu yang mana lagi yang kamu dustakan?”
Antara keutamaan Surah Ar Rahman :

1. Mengingatkan kepada kita bahawa Allah SWT memiliki Sifat Maha Pengasih
2. Mengingatkan kepada kita atas semua nikmatNya yang telah dan akan dianugerahkan
3. Mengingatkan kepada kita agar tidak kufur dengan nikmat
4. Allah redha dengan nikmat yang diberikan
5. Memberi motivasi untuk terus semangat beribadah kepadaNya
6. Orang yang membaca Ar Rahman apabila meninggal ia seperti mati syahid
7. Mendapat syafaat di hari kiamat
Sesiapapun yang rutinnya membaca Surah Ar Rahman, maka Allah SWT akan menyayanginya atas segala kelemahannya. Malahan, Allah SWT meredhai segala kenikmatan yang Dia berikan.
Sebagaimana Rasulullah SAW bersabda, 
“Sesiapa yang membaca Surah Ar Rahman, Allah SWT akan menyayangi kelemahannya dan meredhai nikmat yang dikaruniakan padanya.” (Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn 5/187)
Rasulullah bersabda: 
“jangan tinggalkan membaca surat Ar Rahman, bangunlah malam bersamanya, surat ini tidak menentramkan hati orang-orang munafik, kamu akan menjumpai Tuhan bersamanya(Ar Rahman) pada hari kiamat, wujudnya seperti wujud manusia  yang paling indah dan baunya paling harum, pada hari kiamat tidak ada seorangpun yang berdiri dihadapan Allah yang paling dekat denganNya selainnya. Pada saat itu Allah berfirman: soapakah orang di dunia yang sering bangun malam dan tekun membacamu? Dia menjawab: Ya Robbi, Fulan bin Fulan, lalu wajah mereka menjdi putih. Dan ia berkata kepada mereka: berilah syafaat bagi orang-orang yang mencintai kalian. Kemudian ia memberi syafaat sampai yang terakhir dan tidak ada seorang pun yang tertinggal dari orang-orang yang berhak menerima syafaat mereka. Lalau ia berkata kepada mereka: masuklah kalian ke surga, dan tinggallah didalamnya sebagaimana yang kalian inginkan.”
2. SURAH YASSIN
Surah Yasin merupakan surah yang ke 36 mengikut susunan surah dalam al-Quran, surah ini diturunkan sesudah surah al-Jin dan diturunkan di Mekah, iaitu sebelum penghijrahan nabi Muhammad S.A.W dari Mekah ke Madinah. Dinamakan surah Yasin kerana dimulakan dengan huruf yÉ’ dan sÊn. 1 Surah ini juga dinamakan dengan pendorong ل َّدافِ َعة ) ِةَ) penghukum), اَ َضي ْ مِّعَمة ) pelengkap), القَا ْ ل ب) hati dan) اَ ْ قَل ْ ل َا . (Surah ini memberi maksud penetapan risalah yang merupakan jiwa kewujudan dan roh kepada semua benda,2 yang mana roh dan hatilah merupakan tunggak kepada utusan pengakhir rasul yang menjadi ikutan kepada kesemua penduduk Mekah.
(1 Muhammad ‘Ali al-ØÉbËnÊ (1989) Øafwah al-TafÉsÊr, j 3 c9 Kaherah: DÉr al-ØÉbËnÊ, h. 5 2 AbË al-Hasan, BurhÉn al-DÊn IbrÉhÊm bin ‘Omar al- BiqÉ‘Ê (1980), Nazm al-Öurar, j 16 Dar al-Ma‘Érif al- ‘UthmÉniyyah. h 81)
Kelebihan Membaca Surah Yasin
1. Beramal dengan surah Yasin dapat menghindarkan hati yang keras
Daripada Abi Ja’far Muhammad bin Ali berkata:Barangsiapa yang mendepati hatinya keras, maka tulislah ayat يس وَالقُرْءَانِ di dalam bekas perak yang dicampur dengan Za’faran, kemudian minumlah airnya.
2. Ganjaran membacanya seolah-olah membaca al-Quran sebanyak 10 kali
Diriwayatkan oleh imam ad-Darimi, Tirmizi, Muhammad bin Nasr dan Baihaqi di dalam kitab Syu’ab al-Imam daripada Anas berkata, 
Nabi SAW bersabda, maksudnya:
"Sesungguhnya setiap sesuatu itu ada hati dan hati al-Quran itu ialah Yasin. Siapa yang membaca surah Yasin, Allah tuliskan pahala bacaan untuknya sebanyak 10 kali bacaan al-Quran."
Imam Tirmizi berkata selepas mentakhrijkan hadis ini:Hadis ini adalah Gharib, ia tidak diketahui melainkan daripada hadis Humaid bin Abdul Rahman. Dalam sanadnya ada lelaki yang bernama Harun Abu Muhammad iaitu seorang syeikh yang tidak diketahui. Dalam hal ini, ada riwayad daripada Abi Bakar. Oleh yang demikian, tidak sah untuk melemahkan sanadnya.
3. Diampunkan dosa orang yang membacanya
Diriwayatkan oleh imam ad-Darimi, Abu Ya’la, Tabarani di dalam kitab Mu’ajam al-Awsat, Ibnu Mardawaih, Baihaqi di dalam kitab Syu’ab al-Iman, daripada Abu Hurairah, daripada 
Nabi SAW bersabda, maksudnya:
"Barangsiapa yang membaca surah Yasin pada malam hari semata-mata untuk mendapat redha Allah, diampunkan dosanya pada malam itu"
Ibnu Kathir berkata: “Sanadnya baik”
4. Surah yang meliputi kebaikan di dunia dan akhirat
Dikeluarkan oleh Ibnu al-Durais, Ibnu Mardawaih, al-Khatib dan al-Baihaqi daripada Abu Bakar al-Siddiq berkata, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
Surah Yasin dipanggil di dalam Taurat sebagai al-Mua’mminah.
Yakni menjadikan orang yang membacanya mendapat kebaikan dunia dan akhirat secara menyeluruh, mendatangkan kesabaran pada ujian dunia dan akhirat dan membenteng dari kesengsaraan akhirat.
Ia juga dipanggil penghadang dan penuaian, iaitu menghalang dari kejahatan dan menunaikan setiap hajat bagi orang yang membacanya.
Barangsiapa yang membacanya diberikan ganjaran 20 kali melakukan haji dan siapa yang mendengarnya diganjarkan seribu Dinar dijalan Allah.
Dan barangsiapa yang menulis kemudian meminumnya, dimasukkan ke dalam rongga tenggoroknya sebanyak seribu ubat, seribu nur, seribu keyakinan, seribu keberkatan, seribu rahmat dan menghilangkan segala keterlampauan dan keracunan.
5. Surah Yasin kebanggaan Nabi Muhammad SAW
Dikeluarkan oleh al-Bazzar daripada Ibnu Abbas berkata, Nabi SAW bersabda berkenaan surah Yasin.
Aku sangat menyukai sekiranya surah Yasin ada (dihafaz) di hati setiap orang daripada kalangan umatku
6. Dikurniakan ganjaran mati syahid.
Dikeluarkan oleh Tabarani dan Ibnu Mardawaih, imam Suyuti berkata dengan sanad yang lemah daripada Anas berkata, Rasulullah SAW bersabda:
Barangsiapa yang sentiasa membaca surah Yasin setiap malam, kemudian meninggal, dia meninggal dalam keadaan mati syahid.
7. Diberikan kemudahan dan kesenangan
Dikeluarkan oleh Imam ad-Darimi daripada Ibnu Abbas berkata:
"Barangsiapa yang membaca surah Yasin ketika Subuh, diberikan kemudahan pada siang harinya hingga ke petang. Dan barangsiapa yang membacanya pada awal malam, diberikan kemudahan pada malamnya hingga ke waktu subuh."
8. Mendapat keberkatan dan rahmat kepada si mati
Sebahagian ulama berpendapat bahawa dengan membaca surah Yasin ini segala perkara yang susah akan menjadi mudah dan membaca ke atas orang yang mati dapat menurunkan rahmat dan berkat serta memudahkan roh keluar dari orang yang mati.
Daripada Ma’qal bin Yasar berkata, Rasulullah SAW bersabda:
"Bacalah ia pada orang yang mati di kalangan kamu – yakni surah Yasin."
Imam Ahmad rahimallah berkata, kami diceritakan oleh Abu al-Mughirah, Safwan menceritakan kepada kami, berkata yang maksudnya:
Para masyaikh pernah berkata: “Jika dibacakan – yakni surah Yasin – di sisi orang yang mati, ia dapat meringankannya.

3. SURAH AL - WAQIAH (Klik tajuk utk lihat lebih)
4. SURAH AL-MULK (Klik tajuk utk lihat lebih)
5. SURAH AL-KAHFI (Klik tajuk utk lihat lebih)

Jom Tukar Matawang Utk bekalan kita di Akhirat

 Seorang jutawan sedang berada di dalam kereta mewahnya menuju ke pejabat. Beliau memasang telinga mendengarkan ceramah yang sedang ke udara...