Wednesday, 4 November 2020

Jom Tukar Matawang Utk bekalan kita di Akhirat

 Seorang jutawan sedang berada di dalam kereta mewahnya menuju ke pejabat.

Beliau memasang telinga mendengarkan ceramah yang sedang ke udara di radio keretanya.

Penceramah berkata bahawa dunia ini sementara. Kekayaan yang kita miliki ini tiada makna apabila kita sudah mati nanti. Masa hidup ini, perbanyakkan memberi.

Jutawan tadi berasa ceramah itu entah apa-apa.

Katanya kepada pemandu keretanya,

"Orang macam ni nak mengambil kekayaan kita. Sebab tu dia suruh kita memberi ke sini sana." Jutawan tadi mencebik.

Di dalam kepala jutawan tadi, mula berfikir segala hartanya yang ada. Segala emas permata, segala duit simpanan, segala asetnya.

Lalu dia bertanya kepada pemandunya,

"Kamu tahu bagaimana kalau saya nak bawa semua harta saya semasa saya mati? Saya tak nak tinggal sikit pun untuk sesiapa"

Lancar soalannya. Mungkin kerisauan hartanya nanti diambil orang apabila sudah mati.

Pemandu jutawan ini mula bersuara: 

"Bos ingat tak masa bos pergi US dulu? Masa tu bos bawa matawang apa pergi sana?"

"Mestilah USD. Kau dah kenapa tanya aku macam tu?"

Jutawan tadi berasa pelik, tetapi kepalanya masih menerawang akan segala hartanya yang berkepuk-kepuk.

"Bos, kalau kita nak pergi ke Jepun, kita kena guna matawang Yen kan? Kalau kita nak ke Singapura kita gunakan SGD kan? Apa jadi kalau saya nak pergi sana bawa duit RM50 contohnya untuk pergi membeli-belah, pergi makan, pergi berjalan? Mereka terima tak?"

Jutawan itu ketawa besar.

"Kamu nak pergi negara orang, kena ikut matawang negara itu. Mana laku duit kamu tu kalau nak berbelanja di sana. Kamu kena tukar duit kamu siap-siap di sini. Dah tukar duit, baru kamu selamat nak ke luar negara dengan  mudah. Apalah soalan kamu ni"

Pemandu tadi tersenyum.

"Bos, begitu jugalah dengan alam kita selepas dunia. Dia ada 'matawang'nya sendiri. Tak laku dah segala harta kita, segala Dollar, Pound, Ringgit, Yen yang Kita ada ni. 'Matawang' di sana menggunakan amalan kita di dunia. Kalau bos bawa duit bos ke dalam kubur pun, tak laku bos. Takde 'money changer' di sana dah"

Jutawan tadi terdiam,

Rasa tersentak,

Air liur yang ditelan terasa pahit dan perit.


#CnP

#sedekahmembahagiakan


Tuesday, 3 November 2020

12 Amalan Menjemput Rezeki

 12 Amalan Menarik / Menjemput Rezeki :


1. Solat Awal Waktu


~ Anda perasan atau tidak, setiap kali bila anda selesaikan solat terlebih dahulu, anda boleh rasakan waktu itu sepeti menjadi lama. Sesibuk macamana anda waktu itu, jika anda sudah tunaikan solat, anda akan dapati segala urusan anda dipermudahkan. Bila urusan mudah, rezeki datang pun mudah.


2. Rajin Bersedekah


~ Ini adalah amalan wajib kalau anda nak berubah. Jika tak ada duit yang banyak , sedekahlah ikut kemampuan. Jika tak ada duit pun sedekahlah kudrat tenaga. Jika tak mampu nak sedekah kudrat tenaga, sedekahlah senyuman. Jika tak mampu nak sedekah senyuman, sedekahkan niat doa dalam hati. Sedekah ini adalah bagi orang yang hilang upaya.


3. Rajin tolong orang.


~ Orang yang kaya dan mendapat rezeki berlimpah ruah adalah orang yang rajin tolong orang. Yang suka ketengah bantu masyarakat. Tolong dalam apa jua hal. Baik tolong dengan tenaga, tolong dengan ilmu, tolong dengan wang ringgit. Bila anda membantu makhluk Allah, Allah akan bantu anda


4. Selawat 1000 kali kepada Nabi Muhammad SAW


~ Apakah amalan yang Allah dan malaikat lakukan ? Jawapannya adalah selawat. Dalam Al Quran ada menyatakan Allah dan Malaikat berselawat ke atas Nabi. Ini kita HambaNya tidak berselawat dan itu sudah menunjukkan kepelikan. Jika Jika mengamalkan 1 kali Selawat, Allah dan malaikat akan berselawat ke atas kita 10 kali ganda. Jika 1000 kali selawat berapa pula Allah dan Malaikat berselawat kepada kita ?


5. Rajin Buang Sampah dan Halangan di Jalan Raya.


~ amalan kebersihan dan membantu memudahkan urusan orang lain amat disukai Allah. BIla Allah suka, kita mohon rezeki Allah makbulkan dengan segera.


6. Tidak Mengungkit Pemberian.


~ Anggaplah setiap kali pemberian anda adalah ikhlas. Dan jika boleh , anggaplah hutang yang anda berikan pun kira sedekah.


7. Suka Menyampaikan Ilmu Walaupun Sedikit.


~ Anda jika nak belajar dipanggil INPUT. Jika mengajar dipanggil OUTPUT. Anda akan belajar lebih banyak jika anda banyak kali output. Bayangkan kalau kita tarik nafas sahaja dan tidak hembus nafas apa akan jadi ?


8. Baca Surah Al Waqiah


~ Amalkan baca surah ini setiap hari . Waktunya semasa lepas Dhuha atau sebelum tidur


9. Rajin Berpuasa Sunat


~ Bila rajin berpuasa, ketika itu  barulah roh kita yang makan sebenarnya. Bila roh besar, magnet tarikan tenaga positif menjadi kuat. Ini termasuklah magnet menarik tenaga kerezekian.


10. Istighfar 100 kali.


~ Kita terlalu banyak tidak berlaku adil kepada Allah. Kebanyakannya pekara yang kita tidak sedari membuatkan Allah murka kepada kita. Jadi amalkan istighfar 100 kali setiap hari untuk mengharap keampunan daripadaNya. Bila Allah redha, Allah akan makbulkan permintaan kita.


11. Jangan buat mak ayah kita marah


~ Selagi mak ayah kita ada dalam dunia ini, kita pelu bersabar dan memberi yang terbaik kepada mereka. Kerana meeka telah banyak menghabiskan jiwa raga mereka kepada kita.


12. Niat Cari Rezeki Kerana Allah.


~ Jika kita mempunyai niat setiap kali pekerjaan kita adalah niat kerana Allah, ia akan secara automatik menjadi ibadah. Walaupun kita bekerja sebagai pemandu teksi, setiap pekerjaan kita adalah jihad ekonomi (ibadah). dapat rezeki dan dapat pahala. Begitu juga dengan posmen, askar, polis, guru, peguam, doktor.


Selamat mengamalkannya. Jika anda rasa ramai yang perlu tahu amalan ini diluar sana, silalah kongsikan kepada mereka.


Semoga bermanfaat untuk kita semua.


Jom Tukar Matawang Utk bekalan kita di Akhirat

 Seorang jutawan sedang berada di dalam kereta mewahnya menuju ke pejabat. Beliau memasang telinga mendengarkan ceramah yang sedang ke udara...