Wednesday, 4 November 2020

Jom Tukar Matawang Utk bekalan kita di Akhirat

 Seorang jutawan sedang berada di dalam kereta mewahnya menuju ke pejabat.

Beliau memasang telinga mendengarkan ceramah yang sedang ke udara di radio keretanya.

Penceramah berkata bahawa dunia ini sementara. Kekayaan yang kita miliki ini tiada makna apabila kita sudah mati nanti. Masa hidup ini, perbanyakkan memberi.

Jutawan tadi berasa ceramah itu entah apa-apa.

Katanya kepada pemandu keretanya,

"Orang macam ni nak mengambil kekayaan kita. Sebab tu dia suruh kita memberi ke sini sana." Jutawan tadi mencebik.

Di dalam kepala jutawan tadi, mula berfikir segala hartanya yang ada. Segala emas permata, segala duit simpanan, segala asetnya.

Lalu dia bertanya kepada pemandunya,

"Kamu tahu bagaimana kalau saya nak bawa semua harta saya semasa saya mati? Saya tak nak tinggal sikit pun untuk sesiapa"

Lancar soalannya. Mungkin kerisauan hartanya nanti diambil orang apabila sudah mati.

Pemandu jutawan ini mula bersuara: 

"Bos ingat tak masa bos pergi US dulu? Masa tu bos bawa matawang apa pergi sana?"

"Mestilah USD. Kau dah kenapa tanya aku macam tu?"

Jutawan tadi berasa pelik, tetapi kepalanya masih menerawang akan segala hartanya yang berkepuk-kepuk.

"Bos, kalau kita nak pergi ke Jepun, kita kena guna matawang Yen kan? Kalau kita nak ke Singapura kita gunakan SGD kan? Apa jadi kalau saya nak pergi sana bawa duit RM50 contohnya untuk pergi membeli-belah, pergi makan, pergi berjalan? Mereka terima tak?"

Jutawan itu ketawa besar.

"Kamu nak pergi negara orang, kena ikut matawang negara itu. Mana laku duit kamu tu kalau nak berbelanja di sana. Kamu kena tukar duit kamu siap-siap di sini. Dah tukar duit, baru kamu selamat nak ke luar negara dengan  mudah. Apalah soalan kamu ni"

Pemandu tadi tersenyum.

"Bos, begitu jugalah dengan alam kita selepas dunia. Dia ada 'matawang'nya sendiri. Tak laku dah segala harta kita, segala Dollar, Pound, Ringgit, Yen yang Kita ada ni. 'Matawang' di sana menggunakan amalan kita di dunia. Kalau bos bawa duit bos ke dalam kubur pun, tak laku bos. Takde 'money changer' di sana dah"

Jutawan tadi terdiam,

Rasa tersentak,

Air liur yang ditelan terasa pahit dan perit.


#CnP

#sedekahmembahagiakan


Tuesday, 3 November 2020

12 Amalan Menjemput Rezeki

 12 Amalan Menarik / Menjemput Rezeki :


1. Solat Awal Waktu


~ Anda perasan atau tidak, setiap kali bila anda selesaikan solat terlebih dahulu, anda boleh rasakan waktu itu sepeti menjadi lama. Sesibuk macamana anda waktu itu, jika anda sudah tunaikan solat, anda akan dapati segala urusan anda dipermudahkan. Bila urusan mudah, rezeki datang pun mudah.


2. Rajin Bersedekah


~ Ini adalah amalan wajib kalau anda nak berubah. Jika tak ada duit yang banyak , sedekahlah ikut kemampuan. Jika tak ada duit pun sedekahlah kudrat tenaga. Jika tak mampu nak sedekah kudrat tenaga, sedekahlah senyuman. Jika tak mampu nak sedekah senyuman, sedekahkan niat doa dalam hati. Sedekah ini adalah bagi orang yang hilang upaya.


3. Rajin tolong orang.


~ Orang yang kaya dan mendapat rezeki berlimpah ruah adalah orang yang rajin tolong orang. Yang suka ketengah bantu masyarakat. Tolong dalam apa jua hal. Baik tolong dengan tenaga, tolong dengan ilmu, tolong dengan wang ringgit. Bila anda membantu makhluk Allah, Allah akan bantu anda


4. Selawat 1000 kali kepada Nabi Muhammad SAW


~ Apakah amalan yang Allah dan malaikat lakukan ? Jawapannya adalah selawat. Dalam Al Quran ada menyatakan Allah dan Malaikat berselawat ke atas Nabi. Ini kita HambaNya tidak berselawat dan itu sudah menunjukkan kepelikan. Jika Jika mengamalkan 1 kali Selawat, Allah dan malaikat akan berselawat ke atas kita 10 kali ganda. Jika 1000 kali selawat berapa pula Allah dan Malaikat berselawat kepada kita ?


5. Rajin Buang Sampah dan Halangan di Jalan Raya.


~ amalan kebersihan dan membantu memudahkan urusan orang lain amat disukai Allah. BIla Allah suka, kita mohon rezeki Allah makbulkan dengan segera.


6. Tidak Mengungkit Pemberian.


~ Anggaplah setiap kali pemberian anda adalah ikhlas. Dan jika boleh , anggaplah hutang yang anda berikan pun kira sedekah.


7. Suka Menyampaikan Ilmu Walaupun Sedikit.


~ Anda jika nak belajar dipanggil INPUT. Jika mengajar dipanggil OUTPUT. Anda akan belajar lebih banyak jika anda banyak kali output. Bayangkan kalau kita tarik nafas sahaja dan tidak hembus nafas apa akan jadi ?


8. Baca Surah Al Waqiah


~ Amalkan baca surah ini setiap hari . Waktunya semasa lepas Dhuha atau sebelum tidur


9. Rajin Berpuasa Sunat


~ Bila rajin berpuasa, ketika itu  barulah roh kita yang makan sebenarnya. Bila roh besar, magnet tarikan tenaga positif menjadi kuat. Ini termasuklah magnet menarik tenaga kerezekian.


10. Istighfar 100 kali.


~ Kita terlalu banyak tidak berlaku adil kepada Allah. Kebanyakannya pekara yang kita tidak sedari membuatkan Allah murka kepada kita. Jadi amalkan istighfar 100 kali setiap hari untuk mengharap keampunan daripadaNya. Bila Allah redha, Allah akan makbulkan permintaan kita.


11. Jangan buat mak ayah kita marah


~ Selagi mak ayah kita ada dalam dunia ini, kita pelu bersabar dan memberi yang terbaik kepada mereka. Kerana meeka telah banyak menghabiskan jiwa raga mereka kepada kita.


12. Niat Cari Rezeki Kerana Allah.


~ Jika kita mempunyai niat setiap kali pekerjaan kita adalah niat kerana Allah, ia akan secara automatik menjadi ibadah. Walaupun kita bekerja sebagai pemandu teksi, setiap pekerjaan kita adalah jihad ekonomi (ibadah). dapat rezeki dan dapat pahala. Begitu juga dengan posmen, askar, polis, guru, peguam, doktor.


Selamat mengamalkannya. Jika anda rasa ramai yang perlu tahu amalan ini diluar sana, silalah kongsikan kepada mereka.


Semoga bermanfaat untuk kita semua.


Saturday, 5 September 2020

Berdoa Untuk Sesuatu Yg Kita Harapkan


 Assalammualaikum.. 

Selamat Pagi.. Selamat Hujung Minggu.. 


_*بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيم...*_


🟢Yaa Allah Yaa Syaafii

Jika hari ini ada di antara kami yang sedang sakit, mohon angkatlah penyakitnya yaa Allah ,,, Berikanlah kesembuhan untuknya ,,, kerana hanya Engkau lah yang Maha Menyembuhkan ,,,


🟣Yaa Allah Yaa Razzaq

Jika hari ini ada di antara kami yang kesulitan rezeki, Mohon mudahkanlah dan bukalah jalan rezekinya ya Allah ,,, Kerana hanya Engkau Maha Pemberi Rezeki


🟡Yaa Allah Yaa Qawwiy

Jika hari ini ada di antara kami yang hatinya sedang susah dan bersedih, dalam menerima dan menghadapi ujian-Mu ,,, Mohon Kuatkanlah ia untuk mampu bertahan dan bersabar ,,, Dan hiburlah ia dengan penuh kurnia-Mu ,,,

Kerana janji-Mu yang tak pernah Kau Ingkari Setelah kesusahan ada kesenangan dan kemudahan. 


🟤Yaa Allah Yaa Baasith

Jika diantara kami ada yang berhutang, selesaikanlah hutangnya, mudah urusannya, dan luaskanlah rezekinya.


🟣Yaa Allah Yaa Qudduus

Jika hari ini ada di antara kami yang sedang ada benih-benih sakit hati dihatinya.. Sombong, iri hati, dengki dan dusta ,,, Mohon bersihkan dan sucikanlah Yaa Allah..


🟠Yaa Allah Yaa 'Afuuw

Mohon Ampunilah segala dosa dan khilaf kami ,,, Jika sampai hari ini ada diantara kami, yang merasa disakiti dan dizhalimi karana kesalahan kami yang disengaja atau pun yang tidak disengaja ,,, Bukakanlah pintu hatinya, agar mampu memaafkan kami ,,,_


⚫Yaa Allah Yaa Ghaffaar

Ampunkanlah dosa kami, dosa kedua Ibu Bapa kami, dosa ahli keluarga kami, dosa guru-guru kami, dosa sahabat kami, dan dosa Seluruh kaum Muslimin dan muslimat tanpa terkecuali ,,, Sesungguhnya Engkau lah Dzat yang Maha Pengampun dan Maha Mengasihani


🔵Yaa Allah Yaa Mujiib

Ijabahkanlah Do'a-Do'a kami, Tiada daya & upaya kecuali dengan PertolonganMU, Karena hanya kepada MU lah tempat kami Bergantung dan tempat Kami meminta Pertolongan


*آمِيـْـــــــــن، يَا رَبَّ اْلعَالَمِينْ...*

Friday, 4 September 2020

Dekati Allah Dengan Solat Mu..


 Solat lah walaupun kita belum baik,

Solat lah walaupun kita masih suka berbuat dosa,

Solat lah walaupun kita belum tutup aurat,

Solat lah walaupun kita suka berbohong, 

Solat lah walaupun kita masih suka mengumpat,

Solat lah walaupun kita sudah berlumuran dosa.

.

Kerana dengan solatlah hal-hal yg buruk yg sering kita lakukan akan berkurang secara bertahap...

.

Yg belum solatlah, marilah solatlah

Yg sudah solatlah, perbaiki sikit2 solatnya, 

Yg sudah solatlah dan sudah memperbaiki solat?, ayuh fahami bacaannya dengan serius,

.

Jangan terburu2 ketika Takbir,

Jangan terburu2 ketika ruku, 

Jangan terburu2 ketika sujud.

.

Kerana banyak juga yang

"Solat tapi tidak faham dan tidak mengerti apa yg dibaca"

.

Tapi tetaplah terus berupaya untuk dekat dengan Allah melalui Solatmu 😊

.

Semoga kita meninggal dalam keadaan husnul khotimah, Aamiin Ya Allah 🤲

.

.

Dari story Insta untuk hati saya dan awak semua.

BAHAGIA ITU SEDERHANA

 Seorang guru yang bijaksana pernah membawa belon ke sekolah, menyuruh murid-muridnya untuk meniup dan menuliskan nama-nama mereka masing-masing di tiap belon. Setelah anak-anak melemparkan belon mereka ke aula (dewan sekolah), guru itu bergerak ke au


la untuk mencampur semuanya.


    Anak-anak diberi waktu lima minit untuk menemukan belon dengan nama mereka di atasnya, tetapi meskipun mereka mencari dengan panik, tidak ada yang menemukan belon mereka sendiri.


    Kemudian guru tersebut menyuruh mereka untuk mengambil belon yang paling dekat dengan mereka dan memberikannya kepada orang yang namanya tertera di atasnya. Dalam waktu kurang dari dua minit, semua orang memegang belonnya sendiri.


    Guru tersebut berkata kepada anak-anak ini, “Belon-belon ini seperti kebahagiaan.

Engkau tidak akan menemukannya ketika dirimu hanya mencari milikmu sendiri. Tapi jika kita peduli dengan memberi kebahagiaan orang lain ... itu pada akhirnya akan membantu kita menemukan kebahagiaan kita sendiri."


BAHAGIA ITU SEDERHANA...

PERLAKUKAN ORANG LAIN SEPERTI KITA INGIN DIPERLAKUKAN...


    Telinga diciptakan untuk lebih banyak mendengar, mulut diciptakan Tuhan untuk lebih berkata-kata lembut, memberi semangat, menghibur, memuji, memaafkan...

Hindari dari berucap kata-kata yg kasar, keras, menghina, dan intimidasi yg akan melukai orang2 terdekat dan sekitar anda...


    Tak susahkan... untuk beroleh bahagia dan membahagiakan... 


#muhasabahdiri

#semogakitatergolongdalamorangyangbaik2

Wednesday, 2 September 2020

5 Hal Yang Mencerahkan Wajah


 Tiga hal yang membawa penyakit :

1) ﺍﻟﻜﻼﻡ ﺍﻟﻜﺜﻴﺮ

1. Banyak bicara

2) ﺍﻟﻨﻮﻡ ﺍﻟﻜﺜﻴﺮ 

2. Banyak tidur

3) ﺍﻷﻛﻞ ﺍﻟﻜﺜﻴﺮ

3. Banyak makan

ــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ

ﻭﺃﺭﺑﻌﺔ ﺃﺷﻴﺎﺀ ﺗﻬﺪﻡ ﺍﻟﺒﺪﻥ :


Empat hal yang merosak badan :

1) ﺍﻟﻬﻢ

1. Duka

2) ﺍﻟﺤﺰﻥ

2. Sedih

3) ﺍﻟﺠﻮﻉ

3. Lapar

4) ﺍﻟﺴﻬﺮ

4. Tidak Tidur Malam

ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ

ﻭ ﺃﺭﺑﻌﺔ ﺗﺰﻳﺪ ﻓﻲ ﻣﺎﺀ ﺍﻟﻮﺟﻪ ﻭﺑﻬﺠﺘﻪ :


Lima hal yang menambah cerah wajah :

1) ﺍﻟﺘﻘﻮﻯ

1. Taqwa

2) ﺍﻟﻮﻓﺎﺀ

2. Jujur

3) ﺍﻟﻜﺮﻡ .

3. Pemurah

4) ﺍﻟﻤﺮﻭﺀﺓ

4. Jaga Kehormatan


5. Pemaaf

ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ

ﻭ ﺃﺭﺑﻌﺔ ﺗﺠﻠﺐ ﺍﻟﺮﺯﻕ :


Empat hal yang menarik rezeki :

1) ﻗﻴﺎﻡ ﺍﻟﻠﻴﻞ

1. Qiyamul Lail

2) ﻛﺜﺮﺓ ﺍﻻﺳﺘﻐﻔﺎﺭ ﺑﺎﻷﺳﺤﺎﺭ

2. Banyak istighfar waktu 2/3 malam 

3) ﺗﻌﺎﻫﺪ ﺍﻟﺼﺪﻗﺔ

3. Biasa Bersedeqah

4) ﺍﻟﺬﻛﺮ ﺃﻭﻝ ﺍﻟﻨﻬﺎﺭ ﻭﺁﺧﺮﻩ

4. Berdzikr waktu awal pagi dan petang

ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ

ﻭثلاثة ﺗﻤﻨﻊ ﺍﻟﺮﺯﻕ


Tiga hal yang menjauhkan rezeki :

1) ﻧﻮﻡ ﺍﻟﺼﺒﺢ

1. Tidur waktu pagi

2) ﻗﻠﺔ ﺍﻟﺼﻼﺓ

2. Sedikit sholat

3) ﺍﻟﻜﺴﻞ

3. Malas

ــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ

ﻛﻠﻤﺎ ﻫﻤﻤﺖ ﺑﻔﻌﻞ ﻣﻌﺼﻴﺔ ﺗﺬﻛﺮ ﺛﻼﺙ ﺁﻳﺎﺕ :


*Setiap kali ingin membuat maksiat* *ingat*

*tiga ayat :*

1-" ﺃﻟﻢ ﻳﻌﻠﻢ ﺑﺄﻥ ﺍﻟﻠﻪ ﻳﺮﻯ "

"Tidakkah dia mengetahui bahwa Allah sedang melihat"


2-" ﻭﻟﻤﻦ ﺧﺎﻑ ﻣﻘﺎﻡ ﺭﺑﻪ ﺟﻨﺘﺎﻥ "

"Siapa yang takut kepada kedudukan Tuhannya baginya dua syurga"


3-" ﻭﻣﻦ ﻳﺘﻖ ﺍﻟﻠﻪ ﻳﺠﻌﻞ ﻟﻪ ﻣﺨﺮﺟﺂ “

"Siapa yang bertaqwa kepada Allah. Dia jadikan baginya jalan penyelesaian"

ــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ

ﻻ ﺗﺒﺨﻞ ﺑﻬﺬﻩ ﺍﻟﻜﻠﻤﺎﺕ ﻋﻠﻰ ﺍﺻﺤﺎﺑﻚ ﻭﺍﺣﺒﺎﺑﻚ .. !!


*Jangan pelit membagikan  tulisan ini kepada teman-teman kita ..... !!!!!*


💌semoga bermanfaat *Assalamu'alaikum...*


          Bukalah dan bacalah

         


          Allah SWT telah berfirman.


          Bunyinya :


          *"Sedikit waktu lagi Aku akan menggoncang kan langit dan bumi, laut dan darat".*


          *Biar mereka semua tahu bahwa Mu'jizat Allah itu ada !!!*         


Allah berfirman : *"Kamu tidak tinggal (di dunia) melainkan sedikit masa saja, kalau kamu dahulu mengetahui hal ini (tentulah kamu bersiap sedia)"*


Semoga bermanfaat bagi kita semua untuk meniti perjalan hidup kita ini.


*Kuatkan berfikir utk akhirat*.

Karena dunia ini akan kita tinggalkan.


*Subhanallah...* 😫😭


Ringan-ringankanlah tangan untuk membagi berita  ini. Akan mendapat  pahala mengingatkan saudara Islam...


Yg bilang aamiin semoga diberi rezeki yg melimpah aamiin.. 


Kirim _*La illaha illa Allah*_,

_*Muhammadu Rasulullah*

Sunday, 23 August 2020

MOTIVASI BUAT SEMUA SAHABAT

 MOTIVASI BUAT SEMUA SAHABAT 

 السلام عليكم ورحمة الله وبركتة


sebiji telur dipecahkan oleh kekuatan dari luar, maka kehidupan di  dalamnya akan berakhir...Tetapi, jika sebiji telur dipecahkan oleh kekuatan dari dalam, maka kehidupan baru akan lahir.

Jadi hal-hal besar selalu bermula dari dalam diri.. bukan dari luar.


✅ Allah tidak pernah menjanjikan,

Langit itu selalu biru...Bunga selalu mekar... Matahari selalu bersinar.


✅ Tetapi ketahuilah bahawa Allah selalu memberi.

Hikmah ada di setiap cubaan... jawapan ada di setiap doa.


✅ Jika hidup itu perjalanan....maka nikmatilah.

✅ Jika hidup adalah tentangan... maka hadapilah.

✅ Jika hidup adalah anugerah... maka terimalah.

✅ Jika hidup adalah tugas...maka selesaikanlah.

✅ Jika hidup adalah cita-cita... maka capailah.

✅ Jika hidup adalah peluang... maka ambillah.


✅ Satu hal yang membuat kita bahagia adalah, 

▶️ Cinta Allah.

✅ Satu hal yang membuat kita hancur adalah,

▶️Putus Asa.


✅ Satu hal yang membuat kita maju adalah,

▶️ Ikhtiar.

✅ Satu hal yang membuat kita kuat adalah,

▶️ Doa. 


 Semoga dipermudahkan oleh Allah segala urusan kita hari ini dan hari-hari seterusnya.

Jom Tukar Matawang Utk bekalan kita di Akhirat

 Seorang jutawan sedang berada di dalam kereta mewahnya menuju ke pejabat. Beliau memasang telinga mendengarkan ceramah yang sedang ke udara...